Fotografi

1.Pengenalan

Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti
teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya
kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep
keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan
penceritaan sesebuah gambar.

Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah
gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang
berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens
telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.
Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir
sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital
mempunyai ISO dari serendah 100 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh
mencapai iso 6400 dan 25600.

ISO rendah, seperti 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang
terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di
gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.


Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan
menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia
digital.

Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling
penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar
dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga
kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu
boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan
baying-bayang di dalam air.

Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu
kita mengambil gambar secara macro.


Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah
lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di
dalam millimeter (mm).

2.Peralatan Fotografi

Kategori Kamera DSLR
1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobi

Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan
pelbagai factor lain.
Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan
sensitivity kepada cahaya.
Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem
35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full
frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila
lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
• Nikon D3
• Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Canon 5D mark II

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera
digital yang lebih kecil daripada full frame.
APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format
jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari
jenis:
Canon EF, EFS
Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N

Lens
Jenis-jenis Lens
Terdapat 4 jenis lens.

Normal lens : mempunyai bukaan 50darjah sudut pandangan. Contoh normal lens adalah
50mm f1.8.

Macro lens : mempunyai bukaan 25darjah sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
up sesuatu gambar.

Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60darjah sudut pandangan. Banyak di
gunakan dalam architecture dan photojournalism.

[Contoh gambar untuk wide angel]

[Contoh gambar untuk wide angel-fish eye]

Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.
Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
Sebagai contoh 18-200mm

Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan
saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.

Focal Length
Slalunya pada lens ada tertulis nombor sbg contoh 18-200mm.
nombor2 tersebut adalah focal length sesebuah lens.

Menggunakan focal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih blur dan 
besar.

3.Exposure


Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam 
kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal 
dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, 
dan kawalan ISO.



Kelajuan Shutter  
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali
lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan
shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang
rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).


Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas.
Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.

Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut.
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.



Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 
1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk.  Kelajuaan shutter akan mempengaruhi 
gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.  
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar 
kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 
biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar 
menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan 
jurugambar. 
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.

Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada basikal.

APERTURE 
Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor 
kamera digital. 

“Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu 
yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.  
Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. 
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan 
background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada 
kualiti kesamaran yang terhasil. 
Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan 
untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture 
f11 untuk mengambil gambar portrait.   
Aperture dikenali sebagai f-number. 
Aperture mengikut julat bukaan 1-stop 
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32
f-32 . Bokeh kurang kemas
f-5.6 Bokeh yang terhasil lebih bersih dan 
kemas. 


Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum 
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih 
bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. 
Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum 
adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: 
Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 
atau f4. 
Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. 
Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan 
f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada 
pelbagai bukaan aperture.



ISO 
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO 
rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan 
memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.  
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, 
bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan 
kehilangan details. 
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang 
memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda 
perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka 
anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. 
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang 
rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini 
kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata 
berbanding gambar yang terlalu blur. 
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti 
noiseninja.



Depth Of Field 
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat 
focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. 
DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, 
crop factor dan bukaan aperture.  



Jenis Dedahan (Exposure Modes) 
1. Programmed AutoExposure 
Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan 
kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan 
turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. 
Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) 
supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. 
Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) 
supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. 
2. Semi Programmed AutoExposure 
Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan 
Shutter Priority.  Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk 
menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure.  
Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. 
Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur 
akibat pergerakan. 
3. Manual Exposure 
Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan 
cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang 
diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.



Panduan Sunny 16
Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, 
tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu 
yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu 
tengahhari tanpa menggunakan light meter.  
Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. 
Sebagai contoh:


Tip-tip untuk mengawal Exposure 
1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure 
gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya 
latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 
2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi 
overexpose. 
3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk 
mengelakkan silhouette. 
4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan 
shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan 
perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. 
5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik 
mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan. 

4.Histogram
Coming Soon....

1 comment:

  1. Ayo gabung sekarang juga bersama Zeus Bola, main dan dapatkan bonus yang menarik dan menguntungkan bagi yang hobi bermain permainan sabung ayam.


    Bonus Sabung Ayam :

    -BONUS 10% NEW MEMBER S128 & SV388 (Sabung Ayam Online)
    -BONUS 5% S128 & SV388 (Sabung Ayam Online)
    -Bonus 100% Multiple Win Permainan Sabung Ayam Online untuk kemenagan 7x beruntun

    Kami juga menyediakan permainan lainnya seperti :
    -SPORTBOOK
    -LIVE CASINO
    -SLOTS GAMES
    -TEMBAK IKAN
    -POKER ONLINE

    Jadi Tunggu apa lagi...?
    Ayo daftarkan dirimu sekarang juga di Zeus Bola dan nikmati berbagai macam bonus-bonus menarik lainnya.

    Hubungi kami untuk informasi lebih lengkap :
    - Live Chat Zeus Bola : >> http://104.248.148.252/ <<
    - Whatsapp : >> https://wa.me/6281333555996 <<
    - Telegram : >> https://t.me/zeusbola <<

    ReplyDelete