Suami pilih pondan
KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.
Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan. Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.
Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya.
Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.
“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya. “Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.
Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.
Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank.
“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain. “Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.
“Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya. Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil.
“Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya. Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai.
“Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya. Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat.
“Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain.
“Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.
Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan.
“Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam. “Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.
Lebih menyakitkan hatinya, sebaik diikat jamin, suaminya terus mengambil kunci kereta dan meninggalkannya di pejabat agama itu serta tidak pulang ke rumah. Malah, berdasarkan maklumat diterima Sara, suaminya turut membawa rakan lain pada hari sama bagi menjamin keluar pondan berkenaan.
“Saya tidak tahu dia tidur di mana selepas itu dan hanya selepas dua minggu baru dia balik ke rumah untuk mengambil pakaiannya. “Saya ada menegurnya untuk berbincang tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, saya diamkan diri kerana takut terjadi pertengkaran,” katanya.
Menurutnya, kerana tidak tahan ditinggalkan dan kesal dengan penipuan suaminya, dia akhirnya memfailkan tuntutan taklik dan disahkan bercerai pada April tahun lalu. “Sebenarnya, ini pengajaran bagi saya supaya tidak terlalu percaya kata-kata suami. Saya ingatkan dapat berbuat amal, sebaliknya ditipu suami. Malah, suami mengakui sudah tawar hati dengan saya,” katanya.
Siswi UM hilang ketika berkempen
KUALA LUMPUR: Seorang calon Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang akan bertanding merebut kerusi umum dalam pilihan raya kampus hari ini dilaporkan hilang ketika berkempen.
Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, Masturah Abu Bakar, 22, sedang berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM bersama rakannya.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ketika kejadian pelajar berkenaan sedang mengadakan program kempen dan berpisah dengan rakannya selepas memaklumkan ingin membeli kad tambah nilai. “Selepas beberapa lama menunggu, Masturah tidak muncul dan rakannya cuba menghubunginya, namun gagal.
“Gerakan mengesan Masturah dilakukan kira-kira enam jam dengan bantuan penduduk setempat, namun menemui jalan buntu,” katanya.
Wan Abdul Bari berkata, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai jam 12.20 tengah malam, semalam.
Harian Metro difahamkan Masturah ketika berkempen memakai baju kurung batik merah jambu, bertudung merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, mempunyai ketinggian lebih kurang 173 sentimeter dan berkot labuh hitam.
'Kereta terbakar, keluar cepat!'
Suami pilih pondan
KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.
Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan.
Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.
Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.
Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya.
Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.
“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya.
“Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.
Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.
Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank.
“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain.
“Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.
“Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya.
Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil.
“Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya.
Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai.
“Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya.
Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat.
“Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain.
“Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.
Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan.
“Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam.
“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.
Lebih menyakitkan hatinya, sebaik diikat jamin, suaminya terus mengambil kunci kereta dan meninggalkannya di pejabat agama itu serta tidak pulang ke rumah.
Malah, berdasarkan maklumat diterima Sara, suaminya turut membawa rakan lain pada hari sama bagi menjamin keluar pondan berkenaan.
“Saya tidak tahu dia tidur di mana selepas itu dan hanya selepas dua minggu baru dia balik ke rumah untuk mengambil pakaiannya.
“Saya ada menegurnya untuk berbincang tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, saya diamkan diri kerana takut terjadi pertengkaran,” katanya.
Menurutnya, kerana tidak tahan ditinggalkan dan kesal dengan penipuan suaminya, dia akhirnya memfailkan tuntutan taklik dan disahkan bercerai pada April tahun lalu.
“Sebenarnya, ini pengajaran bagi saya supaya tidak terlalu percaya kata-kata suami. Saya ingatkan dapat berbuat amal, sebaliknya ditipu suami. Malah, suami mengakui sudah tawar hati dengan saya,” katanya.
Siswi UM hilang ketika berkempen
KUALA LUMPUR: Seorang calon Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang akan bertanding merebut kerusi umum dalam pilihan raya kampus hari ini dilaporkan hilang ketika berkempen.Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, Masturah Abu Bakar, 22, sedang berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM bersama rakannya.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ketika kejadian pelajar berkenaan sedang mengadakan program kempen dan berpisah dengan rakannya selepas memaklumkan ingin membeli kad tambah nilai. “Selepas beberapa lama menunggu, Masturah tidak muncul dan rakannya cuba menghubunginya, namun gagal.
“Gerakan mengesan Masturah dilakukan kira-kira enam jam dengan bantuan penduduk setempat, namun menemui jalan buntu,” katanya.
Wan Abdul Bari berkata, rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai jam 12.20 tengah malam, semalam.
Harian Metro difahamkan Masturah ketika berkempen memakai baju kurung batik merah jambu, bertudung merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, mempunyai ketinggian lebih kurang 173 sentimeter dan berkot labuh hitam.
MASJID TANAH: “Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.
Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit.
“Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan.“Saya memberhentikan kereta dan melihat Proton Saga itu terbakar. Seorang daripada penumpang kereta itu keluar dan saya serta dia menjerit menyuruh rakannya keluar kerana takut kereta meletup.
“Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar,” katanya.Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.
“Selepas itu, berlaku letupan kuat daripada kereta dan api semakin marak menyebabkan usaha beberapa pengguna jalan raya untuk mengeluarkan tiga mangsa terbabit agak sukar.
“Mujur, satu daripada pintu berjaya dibuka biarpun ketika api marak. Beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan tiga mangsa terbabit dan sebaik saja mangsa terakhir dikeluarkan, berlaku satu lagi letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Dzarif Iskandar Dzul dan siasatan awal menunjukkan remaja berusia 17 tahun itu dipercaya memandu Proton Saga BLM terbabit.
“Mangsa yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin parah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Kem Terendak,” katanya ketika dihubungi, semalam.Menurutnya, polis masih menyiasat identiti tiga rakan mangsa yang menaiki kereta berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka dikenali sebagai Mohd Firdaus, 17, Abdul Wafi, 17, dan Azani, 20.
Beliau berkata, ketiga-tiga remaja itu serta pemandu Nissan Frontier, Mohd Sahid Suhaimi, 18, yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga remaja menaiki Proton Saga BLM itu tinggal di Taman Seri Aman dalam perjalanan ke Sungai Udang sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda yang memotong sebuah kereta di depannya,” katanya.
Seorang lagi saksi, Abdul Kahar Omar, 23, berkata dia bersama empat rakannya dalam perjalanan menuju Pasir Panjang, Port Dickson, berada di hadapan pacuan empat roda terbabit, sebelum dipintas kenderaan itu.Katanya, kemalangan berlaku terlalu pantas kerana mereka melihat jelas ketika dua kenderaan itu bertembung dan melantun ke belakang sebelum terdengar letupan kecil.
MASJID TANAH: “Kereta terbakar, keluar cepat!” jerit seorang penumpang Proton Saga BLM yang terbakar akibat kemalangan di Jalan Masjid Tanah-Sungai Udang, dekat sini, awal pagi semalam, yang berakhir dengan seorang daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi parah.
Saksi kejadian, Sariza Othman, 24, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 pagi apabila kereta yang dinaiki empat remaja terbabit bertembung sebuah pikap, Nissan Frontier.
Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu kereta bersama seorang teman sebelum melihat sebuah Perodua Viva memotong keretanya sebelum diikuti rapat kenderaan pacuan empat roda terbabit.
“Ketika di persimpangan lampu isyarat Sungai Udang-Bertam Ulu, pacuan empat roda itu cuba memotong Perodua Viva, tetapi gagal dan bertembung Proton Saga BLM dari arah bertentangan.
“Saya memberhentikan kereta dan melihat Proton Saga itu terbakar. Seorang daripada penumpang kereta itu keluar dan saya serta dia menjerit menyuruh rakannya keluar kerana takut kereta meletup.
“Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar,” katanya.
Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.
“Selepas itu, berlaku letupan kuat daripada kereta dan api semakin marak menyebabkan usaha beberapa pengguna jalan raya untuk mengeluarkan tiga mangsa terbabit agak sukar.
“Mujur, satu daripada pintu berjaya dibuka biarpun ketika api marak. Beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan tiga mangsa terbabit dan sebaik saja mangsa terakhir dikeluarkan, berlaku satu lagi letupan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shahruddin, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu dikenali sebagai Dzarif Iskandar Dzul dan siasatan awal menunjukkan remaja berusia 17 tahun itu dipercaya memandu Proton Saga BLM terbabit.
“Mangsa yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin parah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Kem Terendak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, polis masih menyiasat identiti tiga rakan mangsa yang menaiki kereta berkenaan dan siasatan awal mendapati mereka dikenali sebagai Mohd Firdaus, 17, Abdul Wafi, 17, dan Azani, 20.
Beliau berkata, ketiga-tiga remaja itu serta pemandu Nissan Frontier, Mohd Sahid Suhaimi, 18, yang parah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga remaja menaiki Proton Saga BLM itu tinggal di Taman Seri Aman dalam perjalanan ke Sungai Udang sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda yang memotong sebuah kereta di depannya,” katanya.
Seorang lagi saksi, Abdul Kahar Omar, 23, berkata dia bersama empat rakannya dalam perjalanan menuju Pasir Panjang, Port Dickson, berada di hadapan pacuan empat roda terbabit, sebelum dipintas kenderaan itu.
Katanya, kemalangan berlaku terlalu pantas kerana mereka melihat jelas ketika dua kenderaan itu bertembung dan melantun ke belakang sebelum terdengar letupan kecil.
46,780 calon lulus penuh STPM, hanya 8 dapat 5A
KUALA LUMPUR: Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, ini adalah penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.
"Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009," katanya. "Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala, seorang lagi calon dari aliran sastera," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di sini hari ini.
Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 November hingga 16 Disember tahun lalu di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. -Bernama
No comments:
Post a Comment